Rahsia kejayaan..
1. Kerja keras, kerana tidak ada keberhasilan tanpa kerja keras.
2. Minta doa dan restu dari kedua orang tua. Mohon agar mereka mendoakan agar usaha kita berhasil.
3. Sentiasa dekat dengan Al-Quran. Membaca Al-Quran dan mengerjakan solat seharusnya bergandingan. Ibadah yang sunat akan menyempurnakan ibadah yang wajib.
4. Sentiasa bersedekah. Dalam setiap rezeki yang diterima, ada hak orang lain di dalamnya. Hulurkanlah!
Yang paling PENTING.. DOA SEORANG IBU... Saat kita mohon doa darinya, harus betul-betul ada ijabnya sehingga diangkat tangannya untuk mendoakan kita!
Selingkar kisah buat pedoman....
Hasan Muhammad bin Abu al-Walid an-Naisabari menjadi ulama yang cerdas dan pintar kerana ibunya sentiasa berdoa untuknya dari saat kehamilannya lagi... " Ya Allah, anugerahkanlah bagiku anak yang pintar..."
0 comments:
Catat Ulasan